SELAMAT DATANG

Blog ni hanya sekadar luahan rasa jer.... saya menulis atas dasar pengalaman saya selama mengharungi hidup ni ... Jika ader yg terasa pada kata2 yg ditulis, saya mohon maaf.. tak terlintas dihati ni utk mengutuk, mengata mahupun aper sahaja... Saya cuma manusia biasa....Anggap ni cuma bacaan ringan yer... Terima kasih sbb mengikuti blog saya ni.....:P

Tuesday, May 24, 2011

Kesunyian....

Salam.....

Lama rasanya aku x update blog...... mungkin kesibukan kerja sedikit sebanyak mengganggu rutin ku....

Sekarang ni aku betul2 rasa kesunyian.... tak pasti kesunyian itu dari mana... yg pasti dari hati....
Aku rasa kosong dalam hati ini.... Aku punya keluarga, suami, anak2 dan sahabat yang sentiasa bersama ku..... tp aku masih berasa sunyi!!!

Jiwa aku kosong, fikiran aku melayang entah ke mana...... hanya ku bawa jasad ke mana2...... dari mana datang nyer sunyi ni... aku benci 'rasa' ni.....aku tak suka!!..... hendak saja aku lempar rasa sunyi ini. Ke mana ingin ku lempar dan bagaimana ????.... Berulangkali aku tanya pada diri sendiri, kenapa rasa itu ada padaku..... sehingga ke hari ini aku tidak menemui jawapan....

Aku berharap sangat rasa itu pergi.....

Salam.... >_<

Tuesday, May 10, 2011

sedih nya......

Salam.....

tak tau kenapa hari ni hati ni rasa sedih dan syahdu jer....... macam2 perkara yg berlaku di luar kemahuan aku...... bila terlalu gembira pasti kesedihan melanda selepas itu.......

Disebabkan aku mengeluarkan satu kenyataan, sahabatku berkecil hati mengatakan kenyataan itu ku tulis untuknya.... berkali2 aku menafikan tapi dia masih tidak mempercayainya..... rasa sedih menyelubungi diri ini......tidak tahu apa lg yg perlu aku lakukan untuk membuktikan kebenarannya... jd, aku membuat keputusan untuk mendiamkan diri kerana hanya cara itu saja perkara ini dapat diselesaikan.. betul ke dgn mendiamkan diri perkara ini akan selesai??? biarlah Allah saja yg menentukan..... aku pasrah.... :(

Ini bukan diriku yang sebenar.... kalau sudah ku anggap sahabat, tidak mudah untuk aku membuangnya begitu sahaja....... sahabat adalah temanku di dunia dan di akhirat!!!... tak pasti sama ada dia masih menganggap aku sahabat setelah semua ini terjadi...... sekiranya dia membaca coretan ini, ingin aku katakan bahawa sekali aku sayang, selamanya aku akan sayang..... tiada sedikit kebencian pun di hati aku ini ...... terpulang pada kau untuk menilai....

Tapi kenapa hati ini begitu sedih.... mungkin kehilangan sahabat yang setia.... buntu aku memikirkannya. Semangat aku juga hilang..... cuma menggunakan sisa kekuatan yang ada.... tp kuatkah aku untuk menempuh ujian ini???.

Satu sahaja pesananku..... jangan mengadili seseorang tanpa usul periksa.......>_<

Salam.........

Tuesday, May 3, 2011

Pemberian Allah yang tidak terhingga.....










Salam ....

Aku tau aku bukan dikategorikan sebagai wanita yang cantik, berkulit cerah dan personaliti yang menarik..... tapi aku tau setiap kejadian Allah punya keistimewaan masing2....hanya Allah je yang tahu sebab2 'kejadian'nya itu.....aku sebagai manusia hanya dapat mensyukuri nikmat yang telah Allah beri.

Dulu masa aku di zaman persekolahan, aku dikelilingi kawan-kawan yang jauh lebih cantik dari aku... memang jauh dilubuk hati merasa terpinggir dan rendah diri disebabkan diri aku ni. Setelah meningkat dewasa, mak selalu pesan, biar tak cantik rupa tapi cantik pada budi bahasa... tetapi cantik kah budi bahasa aku....aku cuma manusia biasa!! tidak boleh menidakkan ketentuan dari Allah.....

Rasanya, jika ditanya pada setiap manusia... semua ingin dilahirkan cantik dan kacak...termasuk juga diri ku. Tapi pernah juga aku terfikir, sekiranya aku dilahirkan cantik, pasti aku akan bangga dan riak dengan kecantikan aku, mempergunakan kecantikan aku untuk memikat lelaki, dan juga menjauhkan diri dari berkawan ngan org2 yg kurang cantik.... Subhanallah... aku tak nak jadi macam tu!!!...

Walaupun aku dilahirkan begini, aku masih ada perasan cinta, sayang dan kasih sama seperti yang dirasai oleh orang yang cantik..... mungkin perhatian kepadaku kurang... tapi sekurang2nya aku tahu ramai orang yang sayangkan aku... sebab aku ada 'kemanisan' yang tersendiri... sesiapa yang mengenali diri ku, dia akan tahu 'kemanisan' yang ada pada diri aku....

Mungkin pada mata orang, aku agak kasar, bersuara lantang dan lepas laku....itu lah diri aku yang sebenar!! aku tak nak jadi orang yang hipokrit..... berpura2 sopan tapi hakikat nya disebaliknya......

Ya Allah, walaupun aku bukanlah umatmu yang setia..... aku bersyukur atas kejadian mu!!!... Kau telah ciptakan kebahagian yang tak terhingga buat umatmu ini...... setiap hari aku sentiasa menghirup kasih sayang dari orang2 yang amat aku sayangi..... dari-Mu, keluarga dan juga kawan2 ku.......syukur, Alhamdulillah........

Kepada kawan2, jangan merasa bersalah akan persoalan korang tadi.... aku anggap itu semua sebagai gurauan jer. Tiada sebesar kuman pun rasa marah atau benci pada korang.. Ini cuma coretan atau luahan untuk aku kongsi bersama korang.

Salam..... >_<

Cemburu.....







Salam....

Disebabkan hari ni aku free.. aku nak bercerita skit topik hari ni...'Cemburu".....

Adakah aku seorang yg cemburu??? Secara jujurnya, ada tapi tak lah seteruk orang lain kot.... Hanya orang yg betul2 mengenali aku yg tau biler masanyer aku tgh cemburu..... tapi susah kot sbb aku jarang mempamerkan rasa cemburu pada orang lain.... yang penting cemburu aku adalah cemburu yang positif.....hihihihi.....

Perlu ker rasa cemburu ni??? Mungkin ada yg berkata ya dan tak kurang juga yg berkata tidak.... sebenarnya cemburu itu perlu tapi tidak melampaui batas... Cemburu itu la yg mengukur sejauh mana sayang nyer kita pada seseorang..... tetapi jika kita terlalu cemburu, ia akan melahirkan pelbagai sikap yang diluar kotak fikiran kita.......

Bila seseorang itu terlalu cemburu, fikiran itu akan sentiasa berfikiran negatif dan di situ la tindakan luar kawal akan berlaku...... So, sebagai manusia yg dianugerahkan akal dan fikiran oleh Allah..... jangan biarkan cemburu itu mengawal fikiran kita sebaliknya biarkan fikiran kita yang mengawal rasa cemburu itu. Sebab itu ada pepatah yang mengatakan 'Cemburu itu buta'. Insya-Allah, jika kita tahu mengawal cemburu itu, kita akan sentiasa dapat berfikir dengan lebih baik....

Tapi sekiranya cemburu yang positif, ia sangat bagus dalam meningkat daya saing antara satu sama lain.... Jadikan seseorang sbg pesaing...... dan jadilah seorang pesaing yang sihat....

Sampai sini je lah celoteh ku untuk hari ini... Lain kali cerita lagi!!!

Salam .... >_<

Kelab AAK









Salam semua.....

Hehehehe..... tetiba rajin plak nak meng'update' blog ari ni. Sesajer nak bercerita pada semua aktiviti aku minggu ni.

Aku ader masuk satu kelab kat ofis, yg dinamakan Kelab AAK.... ramai gak la yg join kelab ni... aku dilantik untuk menjadi Naib Pengerusi kelab ini atas persetujuan bersama. Mungkin disebabkan aku di antara yang tertua dalam kelab ni dan daya kepimpinan aku kot!!! (hehehe..perasan la plak!!).

Pelbagai aktiviti gak yang kitorang dah buat. Main bowling, mandi sungai, karaoke dan macam2 aktiviti giler....tp best sangat join kelab ni. Rasa mcm org muda pun ada... budak2 kelab ni pun satu kepala ...so, ikutkan je la...

So, sabtu ni (07/05/2011) kitorang decide nak gi Genting... mmm.. best nyer sebab aku tak pernah gi Genting lagi . Tu yang excited lebih tu.. Kitorang pergi lebih kurang 26 orang... Mesti havoc giler kan?? Aku pergi sorang tanpa ditemani oleh suami maupun anak2 ku.... untuk memberi sedikit ruang utk aku bebas seketika..

Tapi, tadi ada sikit hampa dan sedih la sebab baju yang kitorang tempah tak seperti yang diharapkan..... kain nipis dan agak jarang... mungkin berlaku sedikit kesilapan di antara pembekal dan pengedar dan kitorang yang menjadi mangsa. Hope, ini menjadi pengajaran buat semua dan kena sentiasa ingat bahawa 'customer always right'..Tapi kitorang terpaksa ambil jugak baju tu untuk dipakai pada hari sabtu ni...

Skang ni sedang sibuk menghitung hari je lagi...... harap2 semua berjalan seperti yang dirancangkan.. Ingat, setiap yang baik itu datangnya dari Allah dan yg buruk itu datangnya dari diri kita sendiri..

Setakat ni je la yang aku ceritakan pada hari ni.... Lain kali aku cerita lagi ok!! nanti aku upload gambar2 sepanjang kitorang di Genting..

Salam...>_<



Monday, May 2, 2011

facial oh facial







Salam.....

Lama rasanyer aku tak update blog kan???? mungkin tak de aper yg ingin diceritakan....

So, ari ni aku decide nak gi wat facial disebabkan muka ku yg dah semakin kasar ni...... dh mcm2 produk yang aku cuba tapi still mcm ni gak...... huhuhuhu

Last time aku wat facial pun sebelum aku kawin dulu....... lama kan??? aku kawin pun dh nak masuk 7 tahun....... so, ari ni ingat nak wat balik la.......

Spa Muslimah Ayu.... nama tempat facial tu. Tak tau lagi servis dia bagus atau tidak!!! sajer nak test...... ok la, appointment pukul 6.30 ptg ni.... hope semakin berseri ler kulit ku ni...... hahahaha!!! ^_*


Salam..........