SELAMAT DATANG

Blog ni hanya sekadar luahan rasa jer.... saya menulis atas dasar pengalaman saya selama mengharungi hidup ni ... Jika ader yg terasa pada kata2 yg ditulis, saya mohon maaf.. tak terlintas dihati ni utk mengutuk, mengata mahupun aper sahaja... Saya cuma manusia biasa....Anggap ni cuma bacaan ringan yer... Terima kasih sbb mengikuti blog saya ni.....:P

Friday, July 16, 2010

kualiti seorang lelaki.....









Assalamualaikum.......

Hari ni aku nak bercerita tentang kualiti seorang lelaki...... Aku x pasti di mana kualiti lelaki sekarang?? Tidak aku nafikan kuantiti lelaki mmg ramai tapi kualitinya semakin kurang. Bukan niat aku utk menidakkan kebenaran tapi itulah hakikatnya..........Kenapa mereka2 ini tidak sentiasa menyelami hati seorang wanita. Nilai sensitiviti dlm diri mereka kosong.... Di mana silapnya???

Kadangkala aku terfikir, mengapa sukar mereka mengingati hari2 penting dlm sesuatu perhubungan. Susah sangat ke?? Apatah lagi ingin mengucapkan kata2 sayang... Memang benar, cinta dan sayang tidak perlu diucap atau ditunjuk pada dunia.... tetapi sesekali tak salah utk kita tunjuk kasih dan sayang kita pada org yang dikasihi dan dicintai.

Wahai lelaki2 di luar sana.... cuba lah lebih bersifat sensitif dengan kaum wanita ni. Cuba menjadi pendengar yg setia, menunjukkan sepenuh kasih sayang dan perhatian dan memahami naluri hati seorang wanita. Dan bila anda semua telah berjaya menyelami hati wanita ini, baru lah anda tahu betapa istimewanya insan ciptaan Illahi ini.

Hati saya tersentuh tatkala mendengar pengakuan dari seorang suami yang sentiasa mengucapkan terima kasih kepada isterinya di setiap kelahiran anak-anaknya. Bagi aku, ucapan pun sudah memadai.

Oleh itu, lelaki 2 sekarang perlu mencari kualiti itu sendiri.......

Sekian.....

Thursday, July 15, 2010

cuti-cuti malaysia

Assalamualaikum......

Disebabkan esok cuti minggu ke-3, aku n family decide nak balik Pahang (umah chu). Dengar kata chu sakit. Tu yg nak gi melawat tu.....Mak, ayah n boy dah balik dulu ari ni dan siap angkut anak2 aku dulu. Aku esok baru pergi sana coz my hubby still working tomorrow.

Balik Pahang ni boleh rileks2 sambil merasai suasana yg damai. Tambah2 lagi kalau dpt pekena coconut shake buatan kak lang.....Perghhhh!! kecur air liur dibuatnyer..... boleh minum sampai 4 cawan pun x sedar. Tu yg x nak tu... kalau gi sana, mesti makan lebih. So, biler dah makan lebih tu.... faham2 jer lah yer.....

Tapi x pe... org ckp biar mati makan, jgn mati tak makan.... betul tak????. hehehe... (cover line sebenarnyer...)

Sekian...

Jiwa tenang.....

Assalamualaikum.......

Hari ni aku rasa tenang sangat bila bekerja..... nak kata keje x de, x jugak... mungkin sbb bos besar x de kot!! Tak tau ler ketenangan ini sampai biler..... yang pasti ketenangan ini membahagiakan aku.......

Orang kata kalau hati baik, Insya-Allah jiwa tenang....... Tapi baik ker aku ni??? Hanya Allah jer yang tau kebaikan yang aku ada.......... aku cuba jadi insan yang baik agar jiwa aku tenang sentiasa dan di harap doa org2 sekeliling yg mendoakan kebaikan aku dimakbulkan.

Kepada yang pernah hatinya disakiti olehku.... sepuluh jari ku pohon memohon kemaafan sebelum bermulanya Ramadhan ini. Moga Ramadhan ku diberkati-Nya...... Amin