SELAMAT DATANG

Blog ni hanya sekadar luahan rasa jer.... saya menulis atas dasar pengalaman saya selama mengharungi hidup ni ... Jika ader yg terasa pada kata2 yg ditulis, saya mohon maaf.. tak terlintas dihati ni utk mengutuk, mengata mahupun aper sahaja... Saya cuma manusia biasa....Anggap ni cuma bacaan ringan yer... Terima kasih sbb mengikuti blog saya ni.....:P

Saturday, February 12, 2011

meminati seseorang dgn cara positif...


Salam semua,

Meminati seseorang adalah satu motivasi kepada diri kita sendiri. Apabila kita meminati seseorang, kita cuba untuk menjadi sehabis baik. Baik dari segi tingkah laku, baik dari segi penampilan dan juga baik dari segala segi agar si dia yg diminati sedar akan kehadiran anda. Seboleh-bolehnya kita akan membuat sesuatu yang dapat menarik perhatian si dia. Bukan untuk menjadi seorang yg hipokrit tetapi kita akan sentiasa cuba memperbaiki kekurangan yg ada dalam diri kita.

Seperti di alam persekolahan , apabila saya meminati seseorang ia menjadikan saya rajin untuk ke sekolah. Saya akan memastikan saya dapat melihat raut wajahnya, senyumannya serta tingkahlakunya setiap hari dan ia memberi seribu inspirasi dalam saya melaksanakan setiap impian.... mungkinkah anda juga seperti saya????

Apabila kita meminati seseorang, kita akan sentiasa prihatin terhadap perkara2 yg melibatkan si dia. Hari jadi nya, sakit demam nya, dan perhatian dari nya. Apabila si dia melemparkan satu senyuman kpd kita, ia akan membuatkan kita bagai dibuai mimpi indah.

Kita juga akan menjadi seorang yang berani dalam mempertahannya apabila orang lain bercerita akan keburukannya. Kita seolah-olah lebih mengenali peribadi si dia dari orang lain.

Meminati seseorang dengan cara positif adalah tidak salah cuma jangan terlalu melampaui batas dan melanggar asas agama kita.

Sekian.