SELAMAT DATANG

Blog ni hanya sekadar luahan rasa jer.... saya menulis atas dasar pengalaman saya selama mengharungi hidup ni ... Jika ader yg terasa pada kata2 yg ditulis, saya mohon maaf.. tak terlintas dihati ni utk mengutuk, mengata mahupun aper sahaja... Saya cuma manusia biasa....Anggap ni cuma bacaan ringan yer... Terima kasih sbb mengikuti blog saya ni.....:P

Sunday, September 25, 2016

Perkahwinan....


Assalamu'alaikum...


Lately ni, fikiran serabut skit.... macam2 mende dok pikir.... lg membuatkan saya ni makin serabut biler someone mula hint2 tentang perkahwinan dgn saya.... mula2 tu, saya mmg tak amik kesah sgt.... tp biler kata2 tu makin serius, saya mula jadi takut.... saya tak citer pada saper2 sbb saya ingatkan dia main2.... sedangkan hati saya belum terbuka lagi.... stress nyer !!! bleh tak, kalau saya tak nak kawin?? nak jaga anak2 jer.... diri saya, biar saya yg jaga sendiri.....

Apa yg korang faham erti perkahwinan yg sebenar?? Ye la, biler sebut pasal kawin semua mcm seronok... semua macam x sabar... lagi2 dapat kawin dgn org yg korang suker @ korang cinta....

Kiter semua tau, kahwin itu adalah fitrah semulajadi dalam hidup manusia dan ia satu proses hidup yg sihat. Biler korang dah kahwin, itu bermakna korang dah memenuhi di antara tuntutan dalam hidup. Tapi jika difahami erti sebuah perkahwinan sebenar, korang akan rasa sgt takut kerana ia adalah satu tanggungjawab yg besar.... baik utk lelaki mahupun pompuan.... jgn ingat nak seronok jer !!!

Biler seorang lelaki telah bersedia untuk berkahwin, itu bermakna dia telah menemui seorang perempuan yg memenuhi ciri2 yg dia mahukan, menjadi makmum dalam solatnya, menjadi ibu kepada anak2 nya seterusnya menjadi kawan, sahabat, kawan, lawan dan aper sajer sepanjang hidupnya...

Sang suami, bersedialah untuk penjadi pembimbing, pelindung dan penyokong setia di sisi isteri... besar tanggungjawab yg telah Allah berikan pd kamu.... jadilah suami yg baik !! isteri adalah cerminan suami.... berkahwin bukan hanya untuk nafsu semata2, ia lebih kepada teman yg akan menemani saat jatuh dan bangun... yg selalu ader di belakang kamu.... jadilah suami yg bertimbang rasa, penyayang dan sentiasa memahami kehendak seorang isteri.... tolonglah jgn menjadikan 'kekurangan' isteri itu utk si suami mencari yg 'lain' di luar sana... di 'luar' sana adalah dugaan dan ujian kamu, wahai suami.... kalau x kuat utk tempuh dugaan dan ujian ini sekalipun, tundukkan pandangan kerana mata banyak main peranan.... dan jgn sesekali membandingkan wanita2 di luar sana lebih hebat dari isteri kamu kerana isteri kamu sanggup menerima baik dan buruk kamu, sanggup meninggalkan keluarganyer demi kamu dan sanggup mempertaruhkan nyawa dan bentuk badan demi melahirkan zuriat kamu.... tak cukup besar lg ker pengorbanan seorang isteri??

Suami yg hebat adalah suami yg setia dan menyayangi hanya seorang perempuan dalam hidup nya.... itu lah suami hebat !!! cintanya hanya pada wanita yg dikahwininya.... Isteri dan anak2 adalah amanah Allah pada kamu.... untuk membimbing dan menunjukkan 'arah'.... jika kamu pun terpesong, bagaimana dgn keluarga kamu pula...

Si isteri pula, jgn sesekali menduakan suami... dan jgn membebani suami.... isteri yg baik adalah isteri yang mencintai suami setulus hati... dan meletakkan suami di antara yg tertinggi dalam hati... isteri perlu patuh dgn arahan suami tetapi janganlah sampai melanggar syariat islam.... jgn sesekali buat perkara2 yg tak disukai oleh sang suami.... jaga hatinya seperti kamu menjaga hati kamu...

Si isteri juga perlu selalu ader si sisi suami di saat susah dan senang... bersedia menerima aper sajer dugaan dan rintangan bersama.... setia menjadi penasihat dan tulang belakang seorang suami..... di situ kesetiaan isteri benar2 teruji... jika mahu jadi isteri yg baik, selalulah mendahulukan suami dalam setiap perkara... kamu perlu tahu hak dan kewajipan kamu sbg isteri....

Sekiranya suami suka melihat sesuatu yg cantik, tak salah kiranya si isteri berhias dan menjaga penampilan sebagai seorang isteri.... walaupun mungkin tak dianugerahkan wajah dan tubuh yg cantik, berhias lah sebaiknyer kerana setiap kejadian Allah ader keistimewaan masing2.... biarlah berpenampilan kemas dan sedap mata memandang... x de lah sang suami mencari yg 'lain'...

Si isteri juga perlu memberi sedikit 'ruang' utk suami dalam melakukan riadah bersama kawan2nyer.... tak perlu terlalu mengongkong utk sentiasa berada di rumah.... sebagaimana si isteri mahukan sedikit 'pelepasan', begitu juga suami... jangan perlu bertimbangrasa dalam hal2 ini....

Menjadi seorang isteri mmg nampak mudah tp hakikatnya tak seperti yang digambarkan.... tapi jika si isteri berusaha utk menambat hati suami, ia takkan mengambil mudah dalam banyak perkara....

Arrrggghhhhh..... x nak kawin bleh x???










Thursday, September 8, 2016

AKU.....


Aku.....
Bukan seperti perempuan-perempuan yg pernah kamu kenal sebelum ni
Hidup aku penuh dengan perjuangan-perjuangan yg tak pernah berhenti
Banyak perkara yang aku belajar dari pengalaman-pengalaman lalu
Hingga menjadikan aku seorang wanita yg tabah dan cekal
Walhal aku sendiri tidak tahu kekuatan sebenar yg Allah beri pada aku....

Aku....
Ibu tunggal kepada dua anak
Lelaki dan perempuan
Amanah Allah yg harus aku jaga dan besarkan
Walaupun terkadang lelah dipertengahan jalan, aku teruskan dengan kekuatan-kekuatan yg mereka beri
Aku tak mahu tampak kalah di mata anak-anak
Aku pejuang nasib dan pemberi contoh utk ibu-ibu tunggal seangkatan aku
"Mengalah" takkan pernah ada dalam kamus hidup aku

Aku....
Dianugerahkan Allah s.w.t sepasang tangan yang penuh dgn keajaiban
Mampu buat apa sahaja dgn dua tangan ini
Dari membuat kuih, memasak hinggalah segala nyer dengan dua tangan ini
Tangan yg tidak pernah mengeluh
Dengan tangan ini juga aku memeluk anak-anak
Tangan ini adalah pencari rezeki yang tidak pernah putus


Aku....
Wanita yang mudah menangis
Sering terkecil hati tapi berselindung di sebalik keegoan yang ada dalam diri
Menjadikan aku wanita manja yang mempunyai ketegasan luar biasa
Aku tidak mahu dilihat seperti wanita lemah dan pasrah
Aku harus berdiri di atas kaki sendiri
Demi amanah yg Allah beri pada aku

Aku....
Banyak berkorban perasaan demi org yg aku sayang
Terkadang lebih suker memerhati
Tak perlu banyak bicara
Andai mereka jatuh, akan ku sambut tangannya cepat2
Takkan pernah pergi jauh kerana aku akan tertinggal dalam hati

Aku....
Akan meneruskan perjalanan yg penuh ujian ini
Takkan pernah jemu
Takkan pernah penat
Walaupun hingga hujung nyawa
Kerana aku terbiasa begitu
Biar jari jemari kering atau kasar
Akan ku teruskan perjuangan ini....
Kerana aku tau, Allah bersama org2 yg sabar...



Amin dan In Shaa Allah.....