SELAMAT DATANG

Blog ni hanya sekadar luahan rasa jer.... saya menulis atas dasar pengalaman saya selama mengharungi hidup ni ... Jika ader yg terasa pada kata2 yg ditulis, saya mohon maaf.. tak terlintas dihati ni utk mengutuk, mengata mahupun aper sahaja... Saya cuma manusia biasa....Anggap ni cuma bacaan ringan yer... Terima kasih sbb mengikuti blog saya ni.....:P

Tuesday, May 3, 2011

Pemberian Allah yang tidak terhingga.....










Salam ....

Aku tau aku bukan dikategorikan sebagai wanita yang cantik, berkulit cerah dan personaliti yang menarik..... tapi aku tau setiap kejadian Allah punya keistimewaan masing2....hanya Allah je yang tahu sebab2 'kejadian'nya itu.....aku sebagai manusia hanya dapat mensyukuri nikmat yang telah Allah beri.

Dulu masa aku di zaman persekolahan, aku dikelilingi kawan-kawan yang jauh lebih cantik dari aku... memang jauh dilubuk hati merasa terpinggir dan rendah diri disebabkan diri aku ni. Setelah meningkat dewasa, mak selalu pesan, biar tak cantik rupa tapi cantik pada budi bahasa... tetapi cantik kah budi bahasa aku....aku cuma manusia biasa!! tidak boleh menidakkan ketentuan dari Allah.....

Rasanya, jika ditanya pada setiap manusia... semua ingin dilahirkan cantik dan kacak...termasuk juga diri ku. Tapi pernah juga aku terfikir, sekiranya aku dilahirkan cantik, pasti aku akan bangga dan riak dengan kecantikan aku, mempergunakan kecantikan aku untuk memikat lelaki, dan juga menjauhkan diri dari berkawan ngan org2 yg kurang cantik.... Subhanallah... aku tak nak jadi macam tu!!!...

Walaupun aku dilahirkan begini, aku masih ada perasan cinta, sayang dan kasih sama seperti yang dirasai oleh orang yang cantik..... mungkin perhatian kepadaku kurang... tapi sekurang2nya aku tahu ramai orang yang sayangkan aku... sebab aku ada 'kemanisan' yang tersendiri... sesiapa yang mengenali diri ku, dia akan tahu 'kemanisan' yang ada pada diri aku....

Mungkin pada mata orang, aku agak kasar, bersuara lantang dan lepas laku....itu lah diri aku yang sebenar!! aku tak nak jadi orang yang hipokrit..... berpura2 sopan tapi hakikat nya disebaliknya......

Ya Allah, walaupun aku bukanlah umatmu yang setia..... aku bersyukur atas kejadian mu!!!... Kau telah ciptakan kebahagian yang tak terhingga buat umatmu ini...... setiap hari aku sentiasa menghirup kasih sayang dari orang2 yang amat aku sayangi..... dari-Mu, keluarga dan juga kawan2 ku.......syukur, Alhamdulillah........

Kepada kawan2, jangan merasa bersalah akan persoalan korang tadi.... aku anggap itu semua sebagai gurauan jer. Tiada sebesar kuman pun rasa marah atau benci pada korang.. Ini cuma coretan atau luahan untuk aku kongsi bersama korang.

Salam..... >_<

No comments:

Post a Comment