
Assalamu'alaikum...
Masih terasa2 keseronokan menghabiskan hujung minggu lepas dengan family day anjuran Havoc Senamtari... 2 hari 1 malam... diisi dengan pelbagai aktiviti2 kekeluargaan walaupun dihimpit sedikit peristiwa2 misteri... hu3.. x pe, yg tu x yah nak citer...
Kami memilih Villa Mak Tok yg terletak di Hulu Langat... Tempat yg cantik, tenang dan sgt2 privacy..... hu3... punyer la privacy sampai line telefon on n off... kejap dapat, kejap x dapat... bahaya woooo if something happen.... tp nasib baik cuma satu malam... view yg sgt cantik dari pelbagai sudut..... cukup utk menghilang penat lelah bekerja dan dapat merehatkan urat2 kaki yg bekerja keras setiap malam....
Alhamdulillah.... dengan sokongan ahli2 dan para penaja, family day ini berjalan seperti yg dirancang... cuma faktor hujan yg sedikit sebanyak menggangu perjalanan tp syukur kerana keesokan harinya Allah beri cuaca yg sangat2 baik di pagi hari.... jadi segala aktiviti yg tertunda pd hari sabtu diganti pd pagi Ahad... juga terdapat faktor2 kesihatan yg x dapat dielakkan oleh ahli2 kami tp diteruskan juga walaupun terdapat kekurangan di situ...

Hari pertama, bangun seawal pagi... anak dara buat perangai plak sebab x cukup tido... janji ngan shila pukul 7.00 pagi terpaksa dianjak menghampiri pukul 8.00 pagi... nasib baik la Hulu Langat tu dekat... saya, seperti biasa... waze peneman di kala saya x familiar sgt dgn jalan2 di Selangor ni... Jadi Bukit Ampang adalah pilihan yg tepat utk cepat sampai ke sana... Saya dan beberapa ahli ke sana lebih awal kerana perlu menyediakan keperluan makan minum dan tempat tinggal sebelum ketibaan para2 ahli yg lain di waktu tengahari...
Sampai jer di Villa Mak Tok, anak2 dah menjerit2 minta ditukar baju renang biler terlihat kolam renang yg cukup besar.... saya dan shila dapat menguruskan hal2 dapur biler anak2 lebih fokus utk mandi di kolam renang... jadi nyer, dapatlah kami jerang air secukupnyer.... dan perkesahkan ayam2 utk BBQ malam nanti... nasib baik makan tengahari kami ditaja oleh Mama Misy dan Pak Wan... jd ringan skit kerja2 saya dan Shila... kami hanya perlu sediakan sambal belacan dan air minuman sahaja pd tengahari tu....

Seusai ketibaan ahli2 dan makan tengahari, aktiviti karaoke dan mandi-manda diteruskan semasa menunggu aktiviti petang iaitu berakit dan sukaneka... tp hujan turut selebat2 nyer semasa acara berakit... hu3... ader gak yg teruskan juga berakit dlm hujan... ye laa, bukan senang tau nak dpt kesempatan utk belajar menaiki rakit... hu3... budak2 paling excited.... terserlah keseronokkan di wajah anak2 kami... dan dlm hujan2 jugak diorang teruskan main rakit.... saya dan shila mohon diberikan utk menaiki rakit lebih awal sbb kitorang perlu menyediakan minum petang iaitu donut dan karipap.... Alhamdulillah, semua menu berjalan seperti yg dijadualkan...
Acara Sukaneka terpaksa ditunda sementara menanti hujan berhenti... tp hujan masih lebat sehingga menjengah maghrib... bayangkan tgh2 ujan, dihidangkan plak donut, karipap dan teh o panas, memang berselera la masing2.... seronok biler tgh diorang makan bersungguh2... ader yg amik peluang utk tido sementara menunggu aktiviti BBQ... dan ader yg sedang menghidupkan bara api.... Menu utk BBQ adalah Mihun goreng tomyam dan Ayam, kambing, daging burger dan sosej bakar... Alhamdulillah, makanan yg tersedia malam tu mencukupi dan tiada pembaziran yg berlaku.... mesyuarat agung juga dibuat pada malam tu.... sambutan hari lahir dan juga hari anniversary HAVOC yg ke-3 tahun juga diadakan.... aktiviti BBQ diteruskan dgn permainan suker2... disebabkan saya dan shila keletihan yg teramat sgt, kami tido lebih awal... lgpun anak2 kami dah buat perangai....


Selesai acara sukaneka, aktiviti diteruskan dengan sesi karaoke, bola jaring dan mandi-manda lg.... saya dan shila sudah ke dapur utk menyiapkan makan tengahari... menu tengahari adalah paprik ayam, daging masak kunyit dan telur dadar....

Walaupun saya akui, saya dan shila agak penat di dapur dgn kaki dah kebas tahap giler2.... tp kitorang happy sbb kitorang dah jalankan tugas kitorang sebagai tukang masak dgn sebaik2nyer.... kalau terlihat ader kecacatan pada rasa dan rupa makanan, kami mohon maaf... ye laa, utk masak dalam kuantiti yg banyak, memang akan ader kekurangan di mana2 sudut... minta maaf yer, semua.... tima kasih banyak2 pd shila sebab banyak bantu saya... tahan dgn 'arahan2' tak rasmi saya.... hu3..
Aper pun, tima kasih semua atas kerjasama.... saya sgt menghargai semua.... sekian...
No comments:
Post a Comment