SELAMAT DATANG

Blog ni hanya sekadar luahan rasa jer.... saya menulis atas dasar pengalaman saya selama mengharungi hidup ni ... Jika ader yg terasa pada kata2 yg ditulis, saya mohon maaf.. tak terlintas dihati ni utk mengutuk, mengata mahupun aper sahaja... Saya cuma manusia biasa....Anggap ni cuma bacaan ringan yer... Terima kasih sbb mengikuti blog saya ni.....:P

Friday, December 9, 2011

Wanita vs Betina...

Salam semua....


Mmmm.... kasar nyer la tajuk aku ari ni kan??? hahahaha... saja jer nak bagi panas skit... wah !!! naper yer aku pilih tajuk ni ari ni... mungkin ader kejadian yg jadi depan mata kot... nak tulis kat fb, kecoh plak kang...hahahaha....


Wanita : nak jadi wanita yg baik bukan senang kan tp sekurang2 kena la ader la sifat2 seorang perempuan...  wanita lebih bersifat lemah-lembut, sabar, halus,tunduk dan sebagainya. 

Berdasarkan etimologi rakyat Jawa, kata wanita bererti tunduk kepada suami. Dalam hal ini nilai wanita itu akan lebih mulia bila dia patuh pada sang suami.Selalu ada ungkapan "Swargo nunut,neraka katut ( suami masuk syurga aku numpang,suami masuk neraka aku terbawa."

Jadi dapat disimpulkan di sini bahawa ertinya wanita adalah manusia yang bersikap halus,mengabdi setia pada tugas-tugas suami.Suka atau tidak, inilah tugas yang harus dijalankan oleh wanita.

Betina : Kata betina datang dari perkataan batina ( bahasa Sanskrit).Menurut kamus dewan erti betina adalah antonim kepada jantan.Selalunya perkataan ini diguna pakai pada gender binatang atau benda yang tidak hidup.Contohnya embun betina,singa betina.

Jika perkataan ini diguna pakai dalam untuk manusia, ia akan memberi maksud yang negatif. Contohnya dalam wacana ini "Kamu ini kenapa cerewet sangat,urus saja diri sendiri.Kenapa nak sibuk hal orang pula. Dasar betina!"

Konklusinya makna bagi betina adalah jenis gender binatang dan cerewet.

So, yg mana sebenarnya anda nak pilih... sama ada nak jadi wanita ataupun betina...... sedih nyer bila kita ni digelar betina kan??? x mau ler macam tu... Doa2kan ler mereka2 yg bersifat ke'betina'an (ader ker perkataan  ni??) ini, berubah menjadi wanita mulia di sisi Allah... Insya-Allah... kita sama2 mendoakan sesama kiter yer.....

No comments:

Post a Comment